ABOUT

 

PENGENALAN

             18 Disember Tahun 1991 merupakan tarikh keramat apabila jemaah menteri mengarahkan kementrian pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan program pendidikan prasekolah yang dikenali sebagai ‘Prasekolah Annex’ yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah terpilih. Tindakan awal KPM adalah melatih guru-guru sekolah rendah untuk mengelolakan program pendidikan prasekolah di sekolah masing-masing. Tindakan jangka panjang adalah melatih pensyarah-pensyarah maktab yang akan bertindak sebagai jurulatih program prasekolah di maktab-maktab. Sehingga tahun 2007 sebanayak 5852 buah kelas pra sekolah telah dibuka di bawah KPM.

 Sementara itu KEMAS mensasarkan pada tahun 2011 sejumlah 4,041 guru yang sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dilahirkan. Justeru itu Kemas telah membuat kerjasama dengan UPSI dan maktab perguruan untuk meningkatkan profesianalisme guru-guru tadika bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Sejumlah RM 13.1 juta diperuntukkan untuk melengkapkan komputer 4,509 premis tadika dan taska. Jumlah ini tidak termasuk RM 120.6 juta bagi membina 654 banggunan tabika baru dan RM 138.2 juta bagi membaik pulih 4,000 premis tabika yang sedia ada.

 Data-data ini menunjukkan betapa kerajaan memandang serius program pendidikan awal kanak-kanak dan usaha melahirkan  guna tenaga dalam bidang pendidikan pra sekolah. Ini juga menjadi satu petanda bahawa pemegang ijazah sarjana muda atau diploma mempunyai peluang kerjaya yang cerah samaada dalam sektor kerajaan atau swasta.

 Senario Di Kolej UNITI juga menunjukkan  satu petanda yang baik apabila bilangan peningkatan pelajar yang mengikuti program Diploma Pendidikan Pra sekolah dari 37 orang pelajar kemasukan mei 2007 melonjak kepada 650 orang pelajar dalam tempoh 3 tahun. Sehingga hari ini hampir 50% daripada pelajar baru yang mendaftar adalah dari pelajar dalam bidang Diploma Pendidikan Prasekolah. Fenomena ini memerlukan satu ’task khas’ yang fokus   bagi membawa kumpulan pelajar ini ke mercu kejayaan bagi menggapai impian diri dan keluarga.

 PENDIDIKAN PRASEKOLAH SEPENTAS LALU

 Program Diploma Pendidikan Prasekolah dirangka bagi menyediakan pelajar berhadapan dengan cabaran profesyen pendidik di institusi-institusi  pendidikan awal atau prasekolah samaada  di sektor swasta  mahupun kerajaan dan badan separuh kerajaan. Program ini juga selari dengan agenda pendidikan Negara untuk mencapai tahap guru dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah ijazah sarjana muda dan sekurang-kurangnya adalah diploma  pada tahun 2010. Seiringan dengan keperluan kualiti dan mutu pendidikan, kolej UNITI telah pun Berjaya mencapai tahap piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Agensi Kualiti Malaysia (MQA) dengan kod A6871. Justeru itu program ini menyediakan peluang yang sangat cerah kepada guru-guru, pelajar lepasan sekolah yang berminat menceburi profesyen pendidik yang berkemahiran dan berketrampilan.

 PELUANG

Para pemegang Diploma pendidikan Prasekolah berpeluang untuk :

  1. Pendidik professional atau Guru di Tadika  atau mana-mana institusi Pendidikan awal kanak-kanak.
  2. Pentabir Tadika atau mana-mana institusi Pendidikan awal kanak-kanak
  3. Usahawan dalam Pendidikan awal kanak-kanak.

 Graduan pemegang Diploma Pendidikan Prasekolah mempunyai peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan berpotensi untuk menceburkan diri menjadi seorang pendidik, usahawan dalam pendidikan awal kanak-kanak, penulis buku kanak-kanak, Pengurus dan penasihat pembangunan latihan kanak-kanak, Perunding Pendidikan awal kanak-kanak dan Pembangun Alatan permainan pendidikan kanak-kanak.

 MISI

 Program Pendidikan Pra sekolah KU merupakan program yang mampu melahirkan pendidik yang mempunyai  profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, bersahsiah, semangat keusahawanan dan menyumbang kepada masyarakat.

Comments
  1. Rita Mastura says:

    salam.sya pelajar uniti dan amik kos pra skola..sem 2,,ley tahn la kolej nii

  2. Ainalita Zazni Binti Adnan says:

    Salam…
    Saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak (UPSI) dan sedang mengajar di salah sebuah prasekolah KPM di KL. Ingin bertanya kepada pihak tuan sekiranya saya dapat mengisi kekosongan jawatan pensyarah sambilan di dalam bidang berkenaan. Harap tuan dapat memberi respons terhadap pertanyaan ini dan cara untuk memohon. Terima kasih,

  3. Wahida Eida says:

    ok x klu stdy kat kolej uniti??

Leave a reply to Ainalita Zazni Binti Adnan Cancel reply