INSTITUT HBNG DAN FAKULTI PENDIDIKAN KOLEJ UNITI BANTU GURU PRASEKOLAH KUASAI KAEDAH MENGAJAR MEMBACA BERKESAN

Posted: March 10, 2015 in Uncategorized
Tags:

maind maping 3

Usia enam tahun pertama kanak-kanak boleh diumpamakan tempoh kritikal dan sangat penting dalam pembangunan potensi kanak-kanak. Banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat pendidikan seawal usia enam tahun menunjukkan potensi cemerlang di peringkat sekolah rendah dan menengah. Salah satu pendidikan penting yang perlu diberikan adalah Kemahiran asas membaca. Laporan kajian Pelaksanaan Program Pemulihan khas di sekolah rendah yang dikeluarkan pada tahun 2002  oleh KPM menunjukkan bilangan kadar kanak-kanak yang mengikuti program pemulihan khas bahasa Melayu meningkat dari tahun 1999 ke tahun 2000 iaitu dari 78, 495 kepada 86, 852. Pada tahun  2006 pula, sejumlah 163,835 murid-murid tahun 1 di Malaysia menghadapi masalah membaca dan menulis. Mereka telah menjalani ujian saringan dan keputusan ujian menunjukkan 57.56% sahaja yang melepasi ujian tersebut. (The New Strait Time 23 Setp 2006)

Menurut berita yang disiarkan oleh Berita Harian pada tahun 2009  sejumlah 85,000 murid-murid tahun satu masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.(Berita Harian 2009) Masalah ini masih berlarutan apabila Timbalan Perdana menteri yang juga menjawat  kementrian pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyididn Yassin mendedahkan 60% pelajar tahap satu di sekolah seluruh Malaysia masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. (Utusan Malaysia 15 Feb 2010)Kajian menunjukkan antara punca menyumbang kepada masalah ini adalah kaedah pengajaran yang dilakukan oleh para guru. Justeru itu usaha-usaha untuk melakukan kajian dan inovasi terhadap pengajaran berkesan perlu dilakukan.

Di Kolej UNITI, di bawah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan dan Institut Helping Boys and Nurturing Girls  (HBNG) telah mengorak langkah membuat penyelidikan dan kerjasama dengan Industri untuk membangunkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak khususnya dalam literasi Membaca tulisan melayu, membaca tulisan bahasa inggeris, membaca tulisan jawi dan membaca Al Quran.  Pada masa kini Institut HBNG dan Fakulti Pendidikan telah berjaya menganjurkan  bengkel-bengkel kaedah pengajaran membaca berkesan mengikut fitrah anak lelaki dan perempuan  untuk guru-guru prasekolah swasta ataupun  tadika Kemas sekitar Negeri Sembilan dalam usaha membantu meningkatkan kemampuan kanak-kanak menguasai kemahiran Membaca dan menulis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s