Guru….Engkau Insan Luar Biasa

Posted: May 16, 2013 in pendidikan

Di sepanjang perjalanan kehidupan, sejarah menyaksikan, jasa seorang insan-insan bergelar guru tidak mungkin terpadam. Sejauh mana kita berlari dan mendaki hingga ke puncak yang tertinggi, pasti sebelum itu, kita mendapat sentuhan seorang insan yang dipanggil guru. Guru itulah yang telah lebih awal bersama di saat kita belum mempunyai apa-apa dan tidak dikenali oleh sesiapa. Sehingga pada hari ini kita berdiri gagah, memimpin dan mempunyai kuasa.Namun disebaliknya ada kudrat dan keringat yang mengalir yang tidak mengharapkan apa-apa melainkan hanya mahu menyaksikan anak didiknya mampu menjadi lebih baik daripada dirinya.
Buat sekalian jiwa yang membaca, ingat kembali bagaimana kita boleh berada di sini. Bagaimana banyak tenaga yang dicurahkan guru dalam mendidik kita, melayani setiap kerenah, mengisi penuh bekal-bekal perjalanan, dan meluruskan destinasi tujuan.
Buat sekalian anak didik, kuatkan usaha dan azam dalam belajar kerana suatu hari nanti, anda pula akan menjadi sebahagian batu bata untuk saling kuat menguat pembinaan agama dan bangsa yang kita cintai ini. Jangan terlalu asyik mendongak purnama di langit sehingga terlupa hijaunya rumput di bumi.

Kepada sekalian guru, teruskan kegigihan mara melangkah kehadapan untuk mendidik dan membina ummat tercinta. Walau betapa penat anggota badan dan kusut masai pemikiran, yakinlah bahawa setiap usaha kalian untuk membina generasi harapan adalah saham-saham yang akan memastikan Islam kembali tertegak ke kedudukan asalnya semula. Hanya Tuhan Yang Satu mampu membalas gunungan tinggi jasa kalian kepada kami.

Ayuh !
Kapal sudah di pelabuhan,
Sauh sudah diangkat,
Peta sudah di tangan,
Destinasi telah ditentukan,
Segala-galanya telah dimulakan
oleh seorang insan berjasa,
Dengan lembut sabarnya dia mendidik,
Mengaji, mengeja, membaca, menulis, dan mengira.
Terimalah kata-kata keramat
Terima kasih Guru!

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s