KOLEJ UNITI MELATIH GURU GURU KEMAS

Posted: March 10, 2015 in Uncategorized

aktvt2

Pasir panjang port Dickson;seramai 31 guru guru kemas parlimen Teluk Kemang dipilih untuk mengikuti bengkel pengajaran membaca berkesan mengikut fitrah anak-anak lelaki dan perempuan yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dan pembangunan manusia (FPPM) dengan kerjasama Institut Helping boys and nurturing Girls ( institut HBNG) kolej Uniti. Bengkel ini adalah ditaja sepenuhnya oleh kolej Uniti bagi membantu guru-guru kemas mahir mengajar membaca kanak-kanak prasekolah secara cepat, mudah dan berkesan.

 

Secara keseluruhannya, bengkel tersebut yang sehari itu berjalan dengan baik dan kebanyakan peserta sangat teruja apabila melakukan simulasi pengajaran yang direkabentuk secara bermain yang sangat bersesuaian dengan kanak-kanak khususnya kanak kanak lelaki. Salah satu strategi pengajaran yang dimasukkan dalam modul pengajaram tersebut adala pergerakan. Kanak-kanak lelaki akan meningkat daya fokus, motivasi apabila belajar secara bermain.

 

Menurut pn Rozita bt Sukiman yang merupakan guru tabika kemas kg Baru menyatakan bengkel ini sangat memberi kesan yang mendalam kepada dirinya kerana ilmu yang dikongsikan adalah suatu yg baru dan aktiviti pengajaran yang dikongsikan memberi idea untuk dilaksanakan di tadikanya. Katanya lagi, dia akan berkongsi kepada rakan- rakannya yang tidak terpilih mengikuti bengkel tersebut. Ujarnya lagi seharusnya Kolej Uniti dapat berkolaborasi dengan Kemas supaya kaedah ini dapat diberikan kepada semua guru-guru. Seorang lagi peserta iaitu cik Nurul Nazirah bt Zulkifli, guru tabika kemas desa permai B menyatakan bengkel itu dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran mengajar membaca dan idea untuk dilaksanakan di tadikanya. “Saya mengucapkan tahniah kepada kolej uniti kerana berjaya menghasilkan satu kursus yang sangat berkesan dan wajar diwar-warkan kepada guru-guru lain” Tambahnya lagi.

 

Menurut Dekan Fakulti pendidikan kolej Uniti, En Zakri mohd Zain yang juga jurulatih dalam bengkel itu, Kolej Uniti ingin mengembangkan kaedah pengajaran membaca berkesan kepada orang ramai, khususnya guru-guru prasekolah dan sekolah rendah. Kaedah pengajaran yang dilakukan direkabentuk dengan kengambil kira keperluan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sememangnya berbeza. Antara produk yang disediakan termasuklah pengajaran membaca tulisan jawi, tulisan bahasa inggeris, Al quran yang memang terbukti berkesan dan sangat sesuai untuk kanak-kanak sebagai persediaan sebelum melangkah ke sekolah rendah. Bengkel ini diperkenalkan bagi membantu usaha-usaha kementrian pelajaran mengurangkan jumlah bilangan kanak-kanak yang gagal menguasai kemahiran 3M  di peringkat prasekolah dan sekolah rendah.

 

kolej uniti yang terletak di port dickson menawarkan kursus kursus yang menjadi pilihan terutamanya diploma pendidikan prasekolah, diploma pendidikan dan asuhan awal kanak-kanak, diploma pengurusan industrial halal, diploma perlancongan Dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s