Diploma Pengurusan Industri Halal UNITI…Pilihan Terbaik

Posted: March 10, 2015 in Uncategorized
Tags:

IMG_1971

Hari ini Kolej UNITI merakam  satu lagi detik yang sangat bersejarah  di sepanjang keujudannya di persada industry pendidikan tanahair. Ini kerana KU merupakan salah satu kolej swasta yg diberi kelulusan  oleh Halal Development Centre (HDC) untuk memilih graduan-graduan bagi mengikuti program Eksekutif Halal yang di dijalankan  di  Kolej UNITI . Proram ini akan dikendalikan  sendiri oleh jurulatih  dan tenaga pengajar dari  HDC . Tahniah diucapkan pd semua pelatih terpilih   dan terima kasih kita ucapkan kepada HDC.

Insyallah walaupun KU sebuah kolej yg Fizikalnya tidak beberapa besar dan nun……… jauh dipinggir  Negeri Sembilan  ini, tapi KU  berjiwa besar dan ingin bersama-sama dengan HDC  menyumbang membangunkan modal insan dlm industri halal ini. Bagi KU,  membangunkan  modal insan  ini merupakan  satu fardhu kifayah yang perlu dipikul bersama-sama bagi menangani isu-isu halal di Negara Malaysia khususnya.

Dalam konteks pendidikan, KU ingin  turut bersama dgn seluruh egensi kerajaan khususnya HDC unt membangunkan modal insan bagi keperluan industri halal. Justeru itu ENAM  Langkah strategic yang telah dan akan dilakukan oleh Kolej Uniti  adalah :

1.Melatih  12 pensyarah untuk mengikuti program Profesional Halal.  Alhamdulillah pada 31 Mei 2012  yang lepas bertempat di UIAM kesemuanya  telah dianugerahkan sijil Profesional Halal bersempana majlis konvokesyen  Halal Eksekutif Profesional  yang kedua. Tahniah kepada mereka!

2.Menubuhkan Intitut Halal (IFLAH)  yang menyediakan perkhidmatan perundingan dan latihan berkaitan halal untuk industry yang berminat untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka. IFLAH  juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana institusi kerajaan dan swasta di sekitar N Sembilan bagi menggerakkan sensitivity halal di kalangan masayarakat. Sehingga hari ini IFLAH telah melebarkan seminar tentang kesedaran industry Halal ke Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

3.Menjalankan HEP

Alhamdulillah Seramai 35 graduan  kolej UNITI telah dipilih melalui satu sesi temuduga oleh Panel dari HDC dengan dibantu oleh Kolej Uniti .  Daripada 35 orang peserta itu, Alhamdulillah ! seramai 16 peserta adalah daripada peserta lelaki. Bilangan lelaki yang KU bekalkan  ini lebih ramai daripada graduan lelaki USIM dan politeknik bagi sesi yang lepas. Tahniah ! juga kepada semua peserta Lelaki yang bersedia dilatih dan berbakti dalam industry halal yang mencabar ini.

4.Menawarkan  program  Ijazah dan Diploma  Pengurusan Industri Halal.

Program Daiploma ini telah pun ditawarkan mulai awal tahun 2014 dan mendapat sambutan yang sangat hebat daripada ibu bapa dan para pelajar lepasan SPM. Secara umumnya pasaran global industry Halal di dunia mencecah 7 Trilion. Permintaan yang sangat tinggi ini sudah tentu memerlukan sumber tenaga mahir dalam industry Halal. Buat masa ini, Kolej UNITI merupakan kolej pertama yang menawarkan program yang hebat ini.

5.Menubuhkan sekretariat Alumni HEP uniti – link dgn Diploma Pengurusan Halal KU merancang untuk menubuhkan secretariat Alumni yang bekerja sebagai eksekutif halal bagi menyumbang idea dan kerjasama dalam menyeimbangkan antara teori dan praktikal dalam meningkatkan kualiti PnP bagi program yang telah saya sebutkan tadi. Saya berharap kesemua peserta yang mengikuti HEP pada hari ini bersedia membantu kolej UNITI.

kepada para pelajar SPM yang berminat sila memohon dengan mengisi borang permohonan  di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s