DIARI

PELUANG UNTUK MENJEJAKAN KAKI KE UNIVERSITI TUN ABD RAZAK (UNIRAZAK)

 

12 APRIL  2010  saya bersama En Roslan Kamari ke UNIRAZAK bagi memohon laluan pelajar lepasan DPS kolej UNITI untuk menyambung pengajian berserta pemindahan kredit di peringkat Iazah  dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di universiti tersebut. Al Hamdulillah respon yang diterima positif  dan apa kita menunggu keputusan yang dibuat oleh SENAT badan tertinggi Universiti tersebut, secara rasmi akan dimaklum secara bertulis. Langkah ini bagi memberi ruang seluas-luasnya kepada lepasan DPS Kolej UNITI untuk menyambung pengajian mereka.

 

HARI POTENSI KANAK-KANAK KEMAS PARLIMEN TELUK KEMANG DENGAN KERJASAMA KOLEJ UNITI ( KELAB CHESKU)

6 April 2010. Saya dan jawatankuasa Kelab Chesku beserta penasihatnya Pn Siti Zaleha telah dijemput menghadiri mesyuarat bersama Penyelia Kemas PD. Sekalung Tahniah diucapkankepada Kelab CHESKU Kolej UNITI, kerana  julung-julung kalinya  diberikan  kepercayaan oleh KEMAS Daerah  port Dickson untuk bekerjasama dalam menganjurkan satu program besar yang melibatkan  seluruh tadika KEMAS  yang berjumlah 45 buah di kawasan Parlimen Teluk Kemang.  Program tersebut akan mengumpulkan lebih kurang 200 kanak-kanak pra sekolah dan sekurang-kurangnya 500 ibu bapa dan juga guru-guru tadika Kemas tersebut. Program tersebut akan berlangsung pada hari Isnin bersamaan 26 April 2010  kira-kira 4 minggu dari hari ini  yang akan dirasmikan oleh  YAB Tan Sri Isa Bin Samad berserta Penagarah KEMAS negeri Sembilan.

Adalah diharapkan semua ahli Kelab Chesku dan Jawatankuasa pelaksana yang dilantik dapat memberikan sepenuhnya komitmen dan kerjasama yang erat bagi menjayakan program tersebut. Kejayaan  mengurus program tersebut akan memberi impak yang sangat positif kepada KEMAS, para VIP, kepada warga kolej dan masyarakat sekeliling.  Para pelajar disarankan supaya mengurus masa dengan bijak kerana 4 minggu terakhir ini adalah minggu getir sebagai persedian menghadapi peperiksaan akhir yang akan berlangsung pada minggu kedua bulan Mei 2010. Selamat Maju Jaya.

HARI APRESIASI DIPLOMA PRASEKOLAH UNITI  2010

1 April 2010 telah berlangsung Hari Apresiasi Seni DPS dengan kemeriahan di Uniti Village. Program ini telah dirasmikan oleh En Roslan Kamari, Pengarah Akademik   dan ditutup secara rasmi oleh Ketua Program En Zakri Md Zain.

Hari  Terbuka Diploma Pendidikan Prasekolah  merupakan satu program yang  dirangka khusus untuk pelajar DPS kolej UNTI dan seluruh warga kolej secara amnya.  Program ini dirangka bagi mencapai dua tujuan.Tujuan pertama adalah member motivasi para pelajar  menyempurnakan dan melengkapkan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan dengan bersunguh-sunguh   dan tujuan kedua pula adalah pengngolahan kaedah penilaian tugasan pelajar menjadi  lebih menarik dan bermakna. Melalui program ini setiap  pelajar secara bekumpulan  akan bertanding menyiap dan mempersembahkan tugasan masing-masing  secara kreatif dan menarik. Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah, apresasi muzik, berforum,  merekacipta Alat bantu mengajar (ABM), penyedian menu sihat  dan lain-lain lagi. Melalui program ini,  para pelajar  diberi peluang untuk mengembangkan potensi  masing-masing, membina keyakinan  diri dalam  membuat persembahan dan memupuk semangat kerja berpasukan

Program ini menjadi platfom kepada pelajar-pelajar DPS menterjemahkan teori pembelajaran di bilik kuliah ke bentuk praktikalnya. Selain tujuan utamanya untuk mempamerkan karya seni dan muzik – pertandingan gerak kreatif antara 6 kumpulan DPS Semester 4, program ini juga memberi peluang kepada warga UNITI untuk memahami aspek-aspek keselamatan dan kecemasan – yang didemonstrasikan oleh pelajar semester 6 dan pengalaman fun-english learning melalui pertandingan choral speaking – antara 8 kumpulan DPS Semester 2.

 

 

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN I BRAHIM (UPSI)  BOLEH MENERIMA GRADUAN DIPLOMA

Pada 11 Mac 2010 yang lepas saya dan En Roslan sekian kalinya ke UPSI. Kalau sebelum ini menemubual bakal pensyarah DPS  Kolej UNITI  tetapi pada kali ini adalah untuk membina laluan sambung belajar BERSERTA PEMINDAHAN KREDIT bagi graduan DPS ke peringkat ijazah dalam apa apa bidang pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di bawah fakulti Pembangunan Kognitif dan Sains Sosial. Al hamdulillah melalui bantuan dan kerjasama ketua jabatan pendidikan awal kanak-kanana Dr Mahani Bt Razali proses permohonan dapat dipermudahkan. Maklumat ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi pelajar DPS khususnya yang akan bergarduan pada tahun 2010 ini.

 

PERAKUAN AKEDITASI PENUH UNTUK DPS

Kepada semua warga DPS disiarkan di sini sijil Perakuan Akreditasi untuk program DPS sebagai bukti bahawa program ini telah mencapai kelayakan dan merit akademik mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh MQA.

Sijil ini telah bertarikh (dikeluarkan) pada 12 Mei 2009 lalu.

Moga tiada lagi persepsi atau tuduhan bahawa DPS tiada pengiktirafan dan seumpamanya. Kepada pelajar atau para penjaga yang dahulunya mempertikai atau tidak percaya kepada program ini hingga mengambil keputusan menarik diri, hari ini anda semua salah. Juga kepada bekas pelajar dan juga (yang paling malang) sesetengah pelajar sendiri, tindakan anda meracuni dan memburukkan program pengajian sendiri adalah suatu yang keterlaluan.

Kerana kenaifan dan emosional ketika menilai dan membuat keputusan dahulu tanpa merujuk kepada bahagian akademik terlebih dahulu, keputusan yang (barangkali) tidak tepat telah dibuat. Sebenarnya ada isu perundangan yang perlu dipatuhi dahulu sebelum sesuatu program baru boleh dinilai untuk mendapat pengiktirafan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s