Diploma Pengurusan Industri Halal UNITI…memenuhi keperluan sumber tenaga industry Halal Dunia

Posted: March 10, 2015 in Uncategorized

DSC_1514_resize-crop-glow

PAMERAN Halal Antarabangsa (Mihas) kesembilan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 hingga 7 April depan dijangka mencatatkan urus niaga bernilai lebih RM500 juta menerusi padanan perniagaan dan jualan potensi membabitkan peserta industri halal seluruh dunia.

Tahun lalu, Mihas merekodkan nilai urus niaga bernilai RM588.24 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM20.46 juta adalah jualan berpotensi dengan menyaksikan lebih 500 gerai jualan serta pameran dalam pelbagai sektor yang kebanyakannya didominasi sektor makanan

Di samping Mihas, Forum Penyelidikan Halal Sedunia (WHR) diadakan di Pusat KonvensyenKuala Lumpur (KLCC) untuk memberi penerangan yang lebih jelas dan berinformasi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan industri halal dan platform untuk berkongsi idea dan inovasi baru untuk faedah industri.

Kesungguhan Malaysia menjadi peneraju hab halal dunia terbukti dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang diletakkan di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF) untuk menjadi sebuah institusi yang memfokuskan usaha memajukan industri halal di negara ini.

HDC berperanan dan bertanggungjawab untuk menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal termasuk proses mengaudit, pengeluaran sijil halal bagi melindungi integriti halal, membangun, mempromosi dan memasarkan jenama halal Malaysia dan mempromosi konsep barangan halal dan perkhidmatan di Malaysia kepada pasaran dunia yang lebih luas.

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004. Ternyata, Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran menerajui industri halal ini.

Di samping itu, kerajaan proaktif dengan menyediakan lapan taman perindustrian pengeluaran produk dan perkhidmatan halal negara dan juga menawarkan insentif menarik untuk menggalakkan perniagaan untuk menyertai industri halal di Malaysia termasuklah elaun cukai pelaburan untuk pengeluaran makanan halal, faedah istimewa untuk eksport produk halal dan pengecualian duti import bahan mentah.

Perdagangan halal di pasaran global mencatatkan nilai RM7.4 trilion setahun dan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang dianggarkan 1.6 bilion adalah pemangkin kepada perkembangan industri halal. Justeru, penglibatan dan usaha berterusan dari semua pihak melalui agensi kerajaan, pihak swasta, usahawan-usahawan mampu merealisasikan hasrat kerajaan menjadi peneraju dan pusat halal sedunia.

Melihat kepada fenomena ini, kolej UNITI telah mengambil  peranan secara proaktif dengan mengeluarkan sumber tenaga dalam bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi hub Halal dunia. Melalui  bidang Diploma Pengurusan industry Halal ini, kolej Uniti berharap garduan lulusan ini dapat membantu kerajaan dari aspek keperluan sumber gunatenaga yang mahir dalam industry halal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s