DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Posted: March 19, 2013 in Uncategorized

Bidang Pendidikan Prasekolah merupakan bidang yang berkembang pesat dan mempunyai pasaran kerja yang terbuka luas. Di kolej UNITI, dilploma pendidikan prasekolah merupakan program yang telah mendapat akreditasi penuh (A6871) dan telah mula ditawarkan sejak tahun 2007. Sehingga 2012, Kolej UNITI telah melahirkan seramai 545 graduan dalam bidang ini. Justeru tidak hairanlah program ini telah menjadi pilihan utama para pelajar lepasan SPM. kurikulum Diploma Pendidikan Prasekolah (DPS) direkabentuk dengan mengabungkan pengetahuan psikologi, pengurusan, pedagogi, keusahawanan dan pelbagai disiplin lain. Praktis pengajaran dan pembelajaran yang banyak menekankan aspek kemahiran dan projek serta sistem pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. Disamping itu juga kurikulum DPS dipakejkan dengan teknik pengajaran khusus untuk kanak-kanak lelaki dan teknik pengajaran secara kreatif. Bagi melahirkan graduan usahawan inovatif, kerjasama pintar antara fakulti, Institut Helping Boys And Nurturing Girls dengan BondaMama telah dilakukan bagi melatih dan memprogramkan graduan yang terpilih
Diploma graduan Pendidikan Prasekolah layak untuk menjadi guru dan profesional dalam pendidikan awal kanak-kanak sama ada sektor awam dan swasta. Graduan dalam Diploma ini mempunyai kelebihan untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dan berpotensi untuk menjadi pendidik, usahawan, penulis kreatif, pengurus pusat kanak-kanak, penganjur acara kanak-kanak, dan promoter. Graduan yang terlatih dengan kreativiti, kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak bakal menjadi pilihan utama yang dicari oleh majikan sama ada dalam sektor kerajaan, perniagaan dan industri.

Berminat sila daftar ke menu ” Borang kemasukan ke kolej UNITI”.

Comments
  1. yuszaida says:

    saya pelajar lepasan spm..sy nk tanya…jika sy msok kolej uniti dan ambil kos pra sekola..adakah lepas sy tamat bljar…sy mudah utk dpt kn kerja sbgi guru

  2. shano says:

    Assalamualaikum…
    cikgu mohon bantuan pencarian guru atau student praktikal
    Saya Shanorita dari Tadika Khalifah Insaniah, Ampang selangor.. Saya sangat berminat mencari calon lepasan Pra sekolah untuk menyertai keluarga kami.. sila layari http://www.kicdc.edu.my

    Tadika kami menyediakan program unik untuk anak2 dimana amalan solat dhuha, zohor dan asar diamalkan di tadika ni.. Alhamdulillah..pelajar2 telah menguasai bacaan tersebut..

    tadika kami berbeza sedikit kaedahnya dari kaedah one to one mentor mentee.. sangat menarik dikongsikan bersama.. kami juga penggunaan interactive multimedia kepada pelajar kami..

    kaedah pengajaran jawi..katacam yang sangat mudah dipraktikkan..:)

    Hadith Arabic dan English..

    kepada pelajar yang ingin menjalani latihan praktikal atau ingin menyertai kami sangat dialu2kan.. sila hantarkan resume beserta gambar ke email saya. shanorita@ypm.org.my atau hubungi 0122261266..
    tq..

    Moga jihad ni dapat diteruskan dan sama2 dikongsikan bersama..kepada sesiapa yang ingin berkongsi ilmu bersama kami.. sila hubungi saya…tq

Leave a comment