KERJASAMA KEMAS NEGERI DAN UNITI UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN 3M DIKALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Posted: March 19, 2015 in Uncategorized

penga kemasSeremban,Negeri Sembilan. Hari ini merupakan detik bersejarah kepada kolej UNITI. Lawatan Institut HBNG yang diwakili oleh Pengurusnya, En Zakri Md Zain dan dan Pn Siti Zaleha selaku dekan Fakulti Pendidikan dan Pembagunan Kolej UNITI ke Pejabat Pengarah Kemas Negeri Sembilan. Antara tujuan Pertemuan dengan Pengarah Kemas ns, En Ali Hanafiah untuk meneroka ruang kerjasama pintar khususnya dalam meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak di Negeri Sembilan. Dalam pertemuan tersebut pihak Institut HBNG membentangkan cadangan untuk melatih guru-guru kemas supaya mempunyai kemahiran teknik mengajar kanak-kanak membaca dengan berkesan dan cepat.

Cadangan ini dibuat kerana isu kegagalan kanak-kanak menguasai asas membaca apabila  melangkah  ke tahun satu. Isu kegagalan menguasai 3M dikalangan kanak-kanak tahun satu telah menjadi isu yang tidak berkesudahan. Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Melayu yang bertarikh 15 Feb 2010 melaporkan seramai 60 % kanak-kanak tahun satu gagal menguasai 3M. Salah satu faktor penyumbangnya adalah  guru yang tidak mempunyai kaedah tertentu dalam pengajaran membaca. Isu ini bertambah meruncing lagi apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mempunyai cara belajar yang berbeza sedangkan kebanyakan guru-guru tidak pernah mendapat latihan bagaimana strategi pengajaran yang memenuhi fitrah anak lelaki dan perempuan.

Fakulti Pendidikan dan pembangunan FPPM, Kolej UNITI telah menjadikan pendekatan pengajaran mengambil kira perbezaan kanak-kanak lelaki dan perempuan belajar sebagai satu ‘niche’. Melalui kerjsama FPPM dan Institut HBNG, telah dapat menghasilkan modul-modul khususnya berkaitan kaedah pengajaran membaca berkesan untuk kanak-kanak prasekolah. Semua pelajar yang mengikuti diploma pendidikan prasekoloah dan diploma pendidikan dan asuhan awal kanak kanak di FPPM akan mengikuti program-program seperti ini sebagai nilai tambah kepada mereka apabila mereka terjun ke industry pendidikan awal kanak-kanak. Melalui Institut HBNG kolej UNITI, kini menawarkan program-program membina kesedaran Kanak-kanak lelaki dan perempuan belajar berbeza dan  Teknik pengajaran membaca berkesan mengikut fitrah anak lelaki dan perempuan kepada guru-guru prasekolah dan orang ramai. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat meningkatkan mutu pendidikan prasekolah di Malaysia.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s