Semalam berlangsung Majlis Sambutan 20 Tahun Kolej UNITI anjuran MPM Kolej UNITI.

Majlis sederhana namun penuh makna itu dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Kolej UNITI, Amir Hamzah Md Isa di Dewan Za’aba Uniti Village, Kolej UNITI.

Dalam ucapan ringkas beliau CEO UNITI berkongsi rasa syukur dan gembira di atas pencapaian UNITI membangunkan sebuah institusi kecil namun bercita – cita besar. Bermula dengan 2 program dan 170 pelajar kini UNITI menawarkan 18 program dengan jumlah pelajar hampir 3000. Pencapaian demi pencapaian termasuk mendapat rating 5☆ MyQuest untuk empat tahun berturut – turut membuktikan kesungguhan dan komitmen Kumpulan Pendidikan UNITI menerajui pendidikan tinggi bumiputera dan mendokong aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kejayaan yang paling besar ertinya bagi UNITI ialah melahirkan graduan #Berilmu  Berakhlak  Berbakti saban tahun. Alumni UNITI kini berada di seluruh pelusuk dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan walaupun mereka memulakan pengajian dengan keputusan akademik SPM yang sederhana.

UNITI adalah kita, kata beliau. Jatuh bangun UNITI adalah di tangan kita. Sama – sama kita bina 20 tahun lagi UNITI menjadi sebuah IPT bertaraf dunia, multi cultural, lestari, kukuh dan terus melahirkan manusia hebat bermanafaat.

Terimakasih kepada semua pensyarah, pentadbir dan kakitangan Kolej UNITI sejak ianya mula ditubuhkan pada 1997 hingga kini. Anda adalah hero UNITI. Terimakasih kepada semua alumni UNITI dan pelajar – pelajar UNITI kini kerana memberi kepercayaan kepada Kolej UNITI sebagai institusi pilihan terbaik anda. Jadilah Warisan UNITI yang hebat.

Terimakasih Allah. Alhamdulillah.

 

ANDA JUGA BOLEH BERJAYA.

Tahniah dan syabas Noor Fara Atikah kerana menceburi bidang keusahawanan tadika. Walaupun masih muda tetapi mempunyai keberanian luar biasa menjadi usahawan.

Ramai graduan diploma dan ijazah lebih selesa mencari kerja dan makan gaji kerana dianggap lebih selamat. Sedangkan menjadi usahawan yang mengurus dan membangunkan perniagaan bukanlah kerja mudah, memerlukan keberanian dan ketekunan.

Majoriti graduan menjadikan masalah modal sebagai halangan memulakan bisnes. Sedangkan aset utama terletak pada jati diri graduan. Keberanian, kecekalan, pengetahuan dan kemahiran serta kesungguhan untuk berjaya mampu mengatasi kekangan modal tunai

Noor Fara Atikah mendapat dokongan penuh daripada kedua ibu dan bapanya. Berbekalkan semangat membara di samping ilmu dalam bidang pendidikan pra sekolah yang dipelajari ketika di Kolej UNITI beliau kini mengurus sepenuhnya Tadika Bijak Ilmu Kreatif (TBIK) bersama rakan sekuliah di Kolej UNITI dengan penuh semangat, dedikasi dan profesional.

Setelah beroperasi hampir tiga bulan ternyata ibu bapa yang menghantar anak-anak ke TBIK gembira melihat perbezaan dan perkembangan anak-anak mereka. Selain peningkatan positif dalam pembelajaran, anak -anak mereka begitu teruja dan gembira untuk ke tadika malah ada meminta untuk datang ke tadika pada hari cuti hujung minggu.

Kini Noor Fara Atikah menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sekuliah dan alumni Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI yang lain. Rakan-rakannya turut berazam untuk menjadi usahawan tadika yang berjaya sepertinya.

Usahawan muda graduan Kolej UNITI ini juga telah meletakkan sasaran untuk membuka satu tadika setiap tahun dengan menggunakan program Ameen Educare. Ini bermakna pada tahun 2020 sebanyak empat buah tadika cawangan akan berjaya dibangunkan oleh Noor Farah. Kita doakan.

Begitulah serba ringkas kisah anak muda yang boleh menjadi ispirasi dalam membina kejayaan.

Sekiranya anda bakal usahawan yang berminat untuk menceburi bisnes pendidikan awal kanak-kanak, mencari-cari kursus atau latihan untuk mendapatkan maklumat bagi memulakan bisnes tadika, sila hadir ke Seminar Bisnes Tadika yang dianjurkan oleh Uniti Ameen seperti butir berikut:

TEMPAT : Bilik Seminar E Halal2u di Paragon Bangi
TARIKH : 4 Mac Sabtu 2017
MASA : 8.30 pg – 1.00 ptg
YURAN: Tawaran khas RM90 (Yuran biasa RM150) untuk 30 peserta sahaja.

Jika anda BERMINAT, DAFTAR SEKARANG.

Hubungi 019 6627537 (WhatsApp)

#UnitiAmeen
#UNITIPilihanTerbaikAnda

KELIRU SELEPAS SPM

Posted: March 15, 2017 in Uncategorized

 

LEPASAN SPM 2015 & 2016

ANDA MASIH PENING DAN KELIRU?

“…Tidak tahu nak pilih mana satu dan nak jadi apa? Jumpa kami! Kami sedia membantu.

+ Karnival Pendidikan Tinggi Negara #KPTN2017 di One Borneo SABAH, 11 & 12 Mac.
+ Karnival Pendidikan MARA #JomSambungBelajar di MegaMall Kuantan PAHANG, 11 & 12 Mac
+ Karnival Pendidikan MARA #JomSambungBelajar di KipMart Bachang MELAKA, 11 & 12 Mac
+ Roadshow Pendidikan Tinggi PKIBM di KB Mall Kota Bharu KELANTAN, 10 & 11 Mac.

======

Anda masih keliru dan pening – pening nak belajar di mana dan nak jadi apa?

Ahaa! Jumpa kami di KB MALL 10 & 11 Mac ini (Jumaat & Sabtu) jam 10.00 pagi – 5.00 petang.

Kami sedia membantu dan memberi khidmat nasihat berikut:-

+ Memilih program diploma terbaik dengan minat dan kelayakan anda

+ Pakej pembiayaan lengkap untuk melanjutkan pengajian

+ Bagaimana memilih IPT terbaik untuk sambung belajar (berkualiti & diiktiraf)

+ Sambung belajar dengan peluang kerjaya terjamin

+ Peluang sambung belajar dengan kelayakan minimum 3 kredit SPM dengan tajaan penuh

+ dan banyak lagi!

Hubungi Kami

019 6627537

TIADA ISTILAH GAGAL

Posted: March 15, 2017 in Uncategorized

 

 

TIADA istilah gagal dalam hidup ini. Setiap kali anda jatuh, anda harus bangkit semula. Dari kecil anda telah ada semangat itu. Masih ingat lagi, ketika anda belajar berjalan, berapa kali anda jatuh tapi anda tidak pernah rasa gagal..terus bangkit dan bertatih lagi sehingga akhir anda bisa berlari. Begitulah apa yang  yang akan anda terima esok hari 16 Mac 2017.

Apapun keputusannya anda  perlu terus berlari mengejar cita.

Perlumbaan belum tamat.

Sebenarnya ia baru bermula.

=========

Jika anda lepasan SPM dan mahu khidmat perundingan hala tuju selepas SPM secara PERCUMA sila tuliskan  “SAYA”   ruangan COMMENT dan nyatakan dari negeri mana.

kami bersedia untuk membantu.
#UNITIPilihanTerbaikAnda
#5StarMyQuest
#20tahunUNITI
#JomMasukUNITI

kelulusan maraBerita baik untuk pemohon-pemohon yang diterima masuk mengikuti program Diploma Pengurusan Industri Halal dan Diploma Pendidikan  dan Asuhan Awal kanak-kanak. Semua pemohon yang mengikuti program diploma ini layak untuk memohon penajaan MARA. Kelebihan para pelajar yang mendapat tajaan MARA, mereka akan mendapat wang saran diri yang merangkumi keperluan kehidupan di kampus. Kemudahan ini dapat meringankan tanggungan  ibubapa berkaitan kewangan dan saraan hidup di kampus. Satu lagi keistimewaan penajaan MARA, seandainya keputusan peperiksaan keseluruhan semester  (PNGK) para pelajar melebihi 3.00, boleh memohon kepada MARA untuk menukar status penajaan daripada Pinjaman kepada Biasiswa.  Justeru itu para pelajar harus mengekalkan prestasi kecemerlangan pada setiap semester dan dan bersifat amanah dengan menguruskan wang tersebut dengan urusan yang melibatkan perkara yang baik dan meningkatkan kecemerlangan diri.

Di samping itu, hampir 80% program Diploma yang ditawarkan di kolej UNITI  mendapat tajaan MARA.

Keputusan SPM secara rasminya telah pun di keluarkan.  Semua calon-calon SPM tahun 2014 telah menerima keputusan masing-masing. Sebahagianyanya tersenyum lebar dan berpuas hati dengan usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil. Sebahaginya pula merasakan  ‘kurang bernasib baik’ apabila kurang daripada 5 subjek yang mendapat kredit. Harapan untuk menjejakkan kaki ke universiti awam tidak kesampaian. Jangan Bersedih!! buat para pelajar yang tidak dipilih sebagai mahasiswa di IPTA …..anda masih peluang.

Kolej UNITI merupakan kolej swasta yang menawarkan program program yang kompetetif, kebolehpasaran yang memenuhi keperluan indusri Negara  sejak tahun 1997.  Kolej UNITI telah menerima  penarafan 4 hingga ke 6 bintang oleh MYQUEST, Kementrian Pengajian Tinggi sebagai ukuran mutu pekhidmatan yang diberikan oleh kolej kepada para pelajar. Para pelajar juga memdapat kemudahan penajaan atau Pinjaman bagi membantu pembiayaan yuran pengajian di kolej UNITI seperti PTPN, MARA, Yayasan negeri, yayasan UNITI dan sebagainya.  Gambar di bawah menunjukkan sambutan menggalakkan para pelajar lepasan SPM yang memohon kemasukkan ke Kolej UNITI. Antara program yang mendapat sambutan hebat adalah Diploma pendidikan dan asuhan awal kanak-kanak, Diploma pengurusan Industri Halal, Diploma Komunikasi Media, Diploma pendidikan prasekolah, Diploma  grafik, diploma in Tourism  dan diploma muamalat

pemohon uniyt

JANGAN LEPASKAN PELUANG,  JOM MENDAFTAR SEKARANG SECARA ONLINE. ISI BORANG MENDAFTAR SEKARANG.

senarai program dan lima bintang

penga kemasSeremban,Negeri Sembilan. Hari ini merupakan detik bersejarah kepada kolej UNITI. Lawatan Institut HBNG yang diwakili oleh Pengurusnya, En Zakri Md Zain dan dan Pn Siti Zaleha selaku dekan Fakulti Pendidikan dan Pembagunan Kolej UNITI ke Pejabat Pengarah Kemas Negeri Sembilan. Antara tujuan Pertemuan dengan Pengarah Kemas ns, En Ali Hanafiah untuk meneroka ruang kerjasama pintar khususnya dalam meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak di Negeri Sembilan. Dalam pertemuan tersebut pihak Institut HBNG membentangkan cadangan untuk melatih guru-guru kemas supaya mempunyai kemahiran teknik mengajar kanak-kanak membaca dengan berkesan dan cepat.

Cadangan ini dibuat kerana isu kegagalan kanak-kanak menguasai asas membaca apabila  melangkah  ke tahun satu. Isu kegagalan menguasai 3M dikalangan kanak-kanak tahun satu telah menjadi isu yang tidak berkesudahan. Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Melayu yang bertarikh 15 Feb 2010 melaporkan seramai 60 % kanak-kanak tahun satu gagal menguasai 3M. Salah satu faktor penyumbangnya adalah  guru yang tidak mempunyai kaedah tertentu dalam pengajaran membaca. Isu ini bertambah meruncing lagi apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mempunyai cara belajar yang berbeza sedangkan kebanyakan guru-guru tidak pernah mendapat latihan bagaimana strategi pengajaran yang memenuhi fitrah anak lelaki dan perempuan.

Fakulti Pendidikan dan pembangunan FPPM, Kolej UNITI telah menjadikan pendekatan pengajaran mengambil kira perbezaan kanak-kanak lelaki dan perempuan belajar sebagai satu ‘niche’. Melalui kerjsama FPPM dan Institut HBNG, telah dapat menghasilkan modul-modul khususnya berkaitan kaedah pengajaran membaca berkesan untuk kanak-kanak prasekolah. Semua pelajar yang mengikuti diploma pendidikan prasekoloah dan diploma pendidikan dan asuhan awal kanak kanak di FPPM akan mengikuti program-program seperti ini sebagai nilai tambah kepada mereka apabila mereka terjun ke industry pendidikan awal kanak-kanak. Melalui Institut HBNG kolej UNITI, kini menawarkan program-program membina kesedaran Kanak-kanak lelaki dan perempuan belajar berbeza dan  Teknik pengajaran membaca berkesan mengikut fitrah anak lelaki dan perempuan kepada guru-guru prasekolah dan orang ramai. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat meningkatkan mutu pendidikan prasekolah di Malaysia.

 

 

di jember1Pada awal bulan Mac yang lalu saya ke Universitas  Muhammadiyah  (UNMUH) Jember, Indonesai atas urusan Kerjasama antara Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Kolej UNITI dan Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan. Kerjasama ini sebagai satu simbolik pengiktirafan pendidikan di kolej UNITI khususnya di Fakulti pendidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Alhamdulillah kerjasama pintar ini bertujuan untuk saling berkongsi kepakaran bagi meningkatkan mutu pendidikan khususnya dalam usaha melahirkan para pendidikan yang berkualiti. salah satu manfaat yang diperolehi kepada para pelajar yang mengikuti bidang diploma pendidikan prasekolah, diploma pendidikan islam sekolah rendah dan diploma pendidikan dan asuhan awal kanak-kanak diterima untuk melanjutkan pengajian ke ijazah sarjana muda ( dipanggil S1 di Indonesia) dalam tempoh yang lebih pendek sekitar 1 tahin setengah. Berbanding jika melanjutkan pengajian ke ijazah sarjana muda di IPTA tempatan yang akan mengambil masa sekitar 3 setengah ke 4 tahun.

talk di jember2Alhamdulillah di kesempatan itu juga, saya juga diberi peluang untuk meyampaikan kuliah dalam sesi ‘syarahan tamu’ kepada para pelajar Sarjana muda fakultas Keguruan dan ilmu Pendidikan UNMUH. Peluang ini merupakan satu simbolik pengiktiran keilmuan dan  kepakaran kepada seluruh warga pendidik di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Kolej UNITI.

IMG_1971

Hari ini Kolej UNITI merakam  satu lagi detik yang sangat bersejarah  di sepanjang keujudannya di persada industry pendidikan tanahair. Ini kerana KU merupakan salah satu kolej swasta yg diberi kelulusan  oleh Halal Development Centre (HDC) untuk memilih graduan-graduan bagi mengikuti program Eksekutif Halal yang di dijalankan  di  Kolej UNITI . Proram ini akan dikendalikan  sendiri oleh jurulatih  dan tenaga pengajar dari  HDC . Tahniah diucapkan pd semua pelatih terpilih   dan terima kasih kita ucapkan kepada HDC.

Insyallah walaupun KU sebuah kolej yg Fizikalnya tidak beberapa besar dan nun……… jauh dipinggir  Negeri Sembilan  ini, tapi KU  berjiwa besar dan ingin bersama-sama dengan HDC  menyumbang membangunkan modal insan dlm industri halal ini. Bagi KU,  membangunkan  modal insan  ini merupakan  satu fardhu kifayah yang perlu dipikul bersama-sama bagi menangani isu-isu halal di Negara Malaysia khususnya.

Dalam konteks pendidikan, KU ingin  turut bersama dgn seluruh egensi kerajaan khususnya HDC unt membangunkan modal insan bagi keperluan industri halal. Justeru itu ENAM  Langkah strategic yang telah dan akan dilakukan oleh Kolej Uniti  adalah :

1.Melatih  12 pensyarah untuk mengikuti program Profesional Halal.  Alhamdulillah pada 31 Mei 2012  yang lepas bertempat di UIAM kesemuanya  telah dianugerahkan sijil Profesional Halal bersempana majlis konvokesyen  Halal Eksekutif Profesional  yang kedua. Tahniah kepada mereka!

2.Menubuhkan Intitut Halal (IFLAH)  yang menyediakan perkhidmatan perundingan dan latihan berkaitan halal untuk industry yang berminat untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka. IFLAH  juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana institusi kerajaan dan swasta di sekitar N Sembilan bagi menggerakkan sensitivity halal di kalangan masayarakat. Sehingga hari ini IFLAH telah melebarkan seminar tentang kesedaran industry Halal ke Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

3.Menjalankan HEP

Alhamdulillah Seramai 35 graduan  kolej UNITI telah dipilih melalui satu sesi temuduga oleh Panel dari HDC dengan dibantu oleh Kolej Uniti .  Daripada 35 orang peserta itu, Alhamdulillah ! seramai 16 peserta adalah daripada peserta lelaki. Bilangan lelaki yang KU bekalkan  ini lebih ramai daripada graduan lelaki USIM dan politeknik bagi sesi yang lepas. Tahniah ! juga kepada semua peserta Lelaki yang bersedia dilatih dan berbakti dalam industry halal yang mencabar ini.

4.Menawarkan  program  Ijazah dan Diploma  Pengurusan Industri Halal.

Program Daiploma ini telah pun ditawarkan mulai awal tahun 2014 dan mendapat sambutan yang sangat hebat daripada ibu bapa dan para pelajar lepasan SPM. Secara umumnya pasaran global industry Halal di dunia mencecah 7 Trilion. Permintaan yang sangat tinggi ini sudah tentu memerlukan sumber tenaga mahir dalam industry Halal. Buat masa ini, Kolej UNITI merupakan kolej pertama yang menawarkan program yang hebat ini.

5.Menubuhkan sekretariat Alumni HEP uniti – link dgn Diploma Pengurusan Halal KU merancang untuk menubuhkan secretariat Alumni yang bekerja sebagai eksekutif halal bagi menyumbang idea dan kerjasama dalam menyeimbangkan antara teori dan praktikal dalam meningkatkan kualiti PnP bagi program yang telah saya sebutkan tadi. Saya berharap kesemua peserta yang mengikuti HEP pada hari ini bersedia membantu kolej UNITI.

kepada para pelajar SPM yang berminat sila memohon dengan mengisi borang permohonan  di atas.

“Secara jujurnya kursus ini sangat memberi kesan yang mendalam dan input yang mendalam serta sangat berkesan. Khususnya bagi saya guru Prasekolah untuk menambah baik teknik mengajar supaya kanak kanak cepat membaca dan meningkatkan kelancaran membaca sebelum ke tahun satu. Aktiviti yang dijalankan oleh fasi sangat baik, ia memberikan saya ideauntuk dilakukan di tadika saya. Seterusnya saya nak kongsi idea ini dengan rakan-rakan yang laindan seharusnya Kolej UNITI berkolaborasi dengan Kemas untuk menjayakan projek ini.”

Rozita

Pn Roszita Bt sukiman, Guru Kemas Kampung Baru

“Saya merasa sangat teruja dengan bengkel Cepat membaca untuk anak lelaki dan perempuan ini kerana teknik teknik baru yang diperkenalkan. Saya akan aplikasikannya di sekolah bagi meningkatkan keupayaan murid murid kuasai 3M. Aktiviti yang dijalankan sangat berkesan…”

NORAINI kAMAL

Pn Noraini Bt ahmad Kamal, Guru Kemas Taman Dato Hj Samad A

“Saya dapat banyak peningkatan ilmu dalam kaedah dan  teknik pengajaran supaya kanak-kanak cepat membaca. Sebelum ini, saya juga mengaplikasikan teknik fonetik, cuma melalui kursus ini, saya dapat tambahan aktiviti untukdilakukan kepada kanak-kanak di tadika saya. Saya mengucapkan tahniah kepada kolej UNITI kerana berjaya menghasilkan satu kursus yang sangat berkesan dan wajar diwar-warkan kepada guru-guru lain”

nurul nazirah

Nurul Nazirah, Guru Kemas Taman Desa Permai