Bebas Dari Dosa….Hidup Pasti Berjaya

Posted: April 2, 2013 in Uncategorized

masjidnabawi2
Benarlah fitrah manusia itu diciptakan untuk cemerlang. Allah ciptakan manusia untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini. Tujuan manusia hidup untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah. Justeru itu apabila insan melakukan dosa, mereka telah merosakkan dirinya dan menyimpang dari tujuan penciptaannya. Metaforanya sepertimana tujuan pen diciptakan untuk menulis dan akan rosak binasa apabila digunakan untuk mengetuk atau menikam. Begitu jugalah manusia, apabila melakukan dosa, dia telah memusnahkan dirinya.
Apakah dosa ?
Dalam sebuah hadith, Rasulullah menyifatkan dosa itu yang meresahkan hati kamu. Dosa menyebabkan kita sakit fizikal dan rohaninya. Ia menyebabkan hati rasa sempit, dan tidak tenang.Hati yang sempit barangkali disempitkan rezekinya. Sukar untuk tidak taat kepada Allah. Nak solat terasa susah tetapi nak buat maksiat senang sahaja.Terhijab dari ilmu yang bermanfaat. Inilah petanda kehidupan yang telah disempitkan.
Hati yang resah menyebabkan juga kesihatan terjejas. Hati yang resah menyebabkan kita mudah tertekan. Dosa anggota fizikal seperti berzina akan menyebabkan penyakit kelamin seperti aids dan dosa fizikal meminum arak meyebabkan hilang ingatan. Dosa disebabkan hati seperti hasad dengki, dendam akan membawa kepada penyakit jantung, barah dan darah tinggi. Apa kaitan dosa dan kesihatan. Apabila kita resah, emosi tergagngu dan akan meyebabkan mudah marah iatu penyakit hati.
Dosa tetap tersimpan bersama kemurkaan Allah…tidak akan luput….selagi kita tidak memohon keampunan dariNya.Cuma kita sahaja yang melupakannya.Dosa itu seumpama bebola-bebola besi yang terikat pada kaki-kaki kita yang menyukarkan kita bergerak kehadapan menuju kejayaan.
Kehidupan alam Remaja mewah dengan masa dan tenaga. Penatkan diri dengan melakukan amal kebaikan dan ibadah. Jangan biarkan masa terluang…padatkan diri dengan agenda untuk membina kejayaan. Bagi mengelakkan diri daripada melakukan dosa.
Bagi menghindari diri daripada melakukan dosa, lakukan tiga perkara berikut

Ingat Allah
Maksiat dilakukan ketika Iman sangat lemah.Iman akan kuat apabila mengingati Allah.mendirikan solat merupakan ibadah zikrullah. Ketika solat, fahami makna bacaannya, makna perbuatan dan makna menghadap pada allah. Solat itu mencegah ‘fahsya’ dan mungkar. Metafora solat ini seperti kita memberi tonik pada hati. Ia juga umpama memberi cas pada handphone.

Ingat Kematian
Dunia ini merupakan perhiasan yang sentiasa melalaikan manusia. Mengingati mati akan menghilangkan kelazatan dunia.

Menjauhi Sumber maksiat
Menjauhi Kawasan ‘grey’. Jangan imbau nostalgia maksiat yang telah dilakukan.jauhi agen maksiat spt kawan. Jangan duduk berseorangan.

Kehidupan ini dikelilingi oleh dua perkara iaitu antara kehendak dan keperluan. Perkara yang berkaitan keperluan seperti menuntut ilmu, solat merupakan perkara yang disukai oleh nafsu. Manakalan perkara yang melibatkan kehendak seperti melepak, makan-makan, bersembang merupakan perkara yang disukai oleh nafsu. Tiada jalan lain melainkan bermujahadah melawan kehendak nafsu.Seandainya kita meletakkan keutamaan hidup untuk memenuhi keperluan dan mengawal diri dari melakukan dosa…insyaalah hidup pasti lebih Berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s