Jadilah Egen Kebaikan, Di Sana Ada Kejayaan

Posted: March 29, 2013 in ed, motivasi

Sungguh! Hidup di dunia sangat singkat!. Pejam-celik pejam-celik, saya telah melusuri kehidupan di dunia ini hampir 40 tahun. Terasa lamakah? Tidak! Memori kehidupan semasa kanak-kanak terasa baru berlalu. keseronokan bermain bersama rakan-rakan masih segar dalam ingatan.Memori bersusah payah hidup berdikari ketika di universiti juga terasa seperti baru semalam. Begitulah begitu pantasnya hidup di dunia ini.
Masa itu adalah umur kita. Masa juga modal kita untuk melakukan sebanyak banyak kebaikan sebagai bekalan di perkampungan yang kekal abadi, di akhirat. Untuk hidup mendapat kejayaan yang hakiki, tidak perlu kita mencipta dan mencuba laluan baru, tapi carilah qudwah atau mentor yang telah sukses. Tidak lain dan tidak bukan melainkan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda. Sahabat nabi menjadi pejuang yang membela risalah islam, gugur sebagai syahid dan digelar radhiallahua’nhu (Allah meredhoi mereka).itulah kejayaan hakiki iaitu meraih redho Allah dalam kehidupan ini.
Kisah dari sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Pada suatu hari, Rasulullah telah bertanya kepada para sahabatnya, “siapakah diantara saudara pada hari ini yang berpuasa?” Abu bakar menjawab “saya”. Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “ siapakah diantara saudara pada hari ini yang menghantar jenazah?” Abu bakar menjawab “saya”. Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “ siapakah diantara saudara pada hari ini yang menziarahi orang sakit?” Abu bakar menjawab “saya”. Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “ siapakah diantara saudara pada hari ini yang member makan orang fakir?” Abu bakar menjawab “saya”. Kemudian rasulullah menjawab, barang siapa yang melakukan empat perkara ini, akan masuk syurga.
Kisah ini menyuntik motivasi!. Saya mendengar ulasan tentang kisah ini. Ia menunjukkan betapa para sahabat nabi telah melakukan banyak kebaikan di awal pagi lagi. Abu Bakar telah melakukan empat kebaikan pada pagi itu. Beliau telah memberi kebaikan kepada orang lain seperti bersedeqah, menziarahi orang sakit dan menghantar jenazah Sudah tentu beliau telah merancang pada malamnya apakah kebaikan-kebaikan yang hendak dilakukan keesokan harinya.
Dalam sebuah hadith yang lain, diwartakan para Malaikat mencari-cari siapakah insan yang bersedeqah di awal pagi. Bila berjumpa dengan orang yang bersedeqah itu, para malaikat akan berdoa memohon keampunan, kerahmatan dan dimurahkan rezeki kepadanya. Dalam sebuah hadith yang lain disebutkan sedeqah itu memadamkan dosa-dosa seumpama air yang memadamkan api. Sedeqah disebutkan sebagai umpan meraih rezeki daripada Allah.
Marilah kita mengurus kehidupan dengan menjadi agen kebaikan dalam masyarakat kita. Sebelum tidur, muhasabah akan kelemahan pada hari ini. Istighfar akan kesalahan yang telah dilkukan, kerana Allah itu Maha Pengampun, Allah itu Ghaffar!. Merancanglah untuk melakukan kebaikan pada esok harinya. Senaraikan 10 kebaikan yang yang hendak kita lakukan pada esok hari. Didik anak-anak kita untuk menjadi agen kebaikan. Para ibu bapa dan pendidik boleh sediakan sebuah ‘board’ di rumah atau sekolah untuk dicatatkan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan oleh mereka. Secara tidak langsung para ibu bapa dan pendidik boleh memperkenalkan makna-makna kebaikan yang baru dipelajari dan membaja sifat menjadi agen kebaikan kepada ummatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s