Rancang “Nasib” anda

Posted: March 13, 2013 in pendidikan

Selepas saya mengadakan satu perkongsian Perancangan Akademik kepada pelajar semester dua, saya dapati, masih ramai lagi pelajar yang terlepas pandang dan tidak tahu membuat perancangan untuk menentukan sasarant PNGS dan PNGK yang hendak dicapai pada semester ini. Hampir 60% pelajar hanya membiarkan masa yang menentukan pencapaian mereka. Justeru itu, saya mengingatkan para pelajar supaya meyedari kesan yang akan ditanggung apabila PNGS berada di paras bawah 2.00.
Antara kesan paling berat adalah pihak PTPN akan membekukan penajaan pada semester berikutnya. Ini meyebabkan pelajar terpaksa memohon bantuan kewangan sarah hidupnya dari keluarga yang rata-ratanya berpendapatan sederhana. Kesan-kesan ini akan menekan dan merunsingkan pelajar yang boleh menggugat fokus pelajar pada akademik.
PNGS yang rendah juga turut menjunamkan pencapaian PNGK pelajar, sedangkan Status pelajar ditentukan oleh PNGK samada lulus, Amaran, Percubaan atau Gagal Behenti. Saya dapati sebahagian pelajar baru tersedar dan datang merayu untuk belajar bersungguh-sungguh apbila keputusan peperiksaan berstatus GAGAL BERHENTI.
Justeru itu, Saya menyeru kepada semua pelajar, khususnya pelajar DPS supaya membuat perancangan untuk mencapai keputusan akademik yang terbaik pada semester ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s