Pagi Yang Tenang

Posted: March 13, 2013 in pendidikan

MUKHLISTiga tahun lalu saya membeli 2 ekor arnab secara online yang diposkan melalui bas ekspres. Saya membeli atas permintaan anak sulung saya Muhammad Mukhlis. Dia menamakan dua ekor arnab itu akil dan Ateh. Selepas 2 minggu, Akil mati kerana luka parah diserang oleh seekor kucing liar. Atas desakannya kami sekeluarga membawanya ke klinik haiwan, tetapi malang kerana pada hari ahad klinik tersebut tutup. Dalam perjalanan mencari klinik haiwan lain, Akil mati di atas ribaan Muhammad. Muhammad menangis teresak-esak dan diikuti oleh dua adiknya. Isteri saya juga turut menangis. Suasana pilu menyelubungi kami berenam dalam kereta pada masa itu. Saya rasa bersalah kerana tidak pantas membawa Akil ke klinik miskipun telah didesak oleh Mukhlis bertalu-talu.
Inilah keistemewaan Muhammad mukhlis berbanding adik-adiknya yang lain, yang sangat menyayagi haiwan peliharaannya. Keistemewaan yang baru saya sedari. Tiga bulan lepas, dia telah diberikan oleh rakannya seekor kucing yang diberi nama Apin. Setiap pagi selepas solat subuh dia akan mendapatkan kucingnya untuk diberikan makan dan minum.Itu adalah tanggungjawab yang telah diambil olehnya.
Pagi tadi, saya merapatinya dan menyentuh bahunya. Lalu saya katakan kepadanya
“Muhammad ! ayah sangat berbangga dengan Muhammad. Muhammad sangat bertanggung jawab dan menyayangi kucing ini. Allah pasti menyayangi dan memberi pahala yang banyak “.
Dia tersenyum.
Kemudian saya katakan lagi padanya. “Nak tak abah panggilkan mukhlis sebagai Doktor Mukhlis. Doctor veterenar…doktor Vet”.
“Nak !” sahut Muhammad Mukhlis sambil tersenyum lebar.
Pagi itu saya melihat perubahan pada dirinya. Dia bersiap dengan cepat untuk kesekolah. Dia cepat-cepat mandi, menyikat rambut dan bersarapan. Berbeza dengan sebelum ini …dimana saya dan ibunya terpaksa menyuruhnya itu dan ini berulang-ulang kali.
Aplikasi memuji teknik Nabi Muhammad telah mendorongnya Subhanallah !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s