Dorong Pelajar Dengan Pujian

Posted: March 13, 2013 in Uncategorized

Pembentangan keputusan ujian 1 DPS baru-baru ini amat menggusarkan saya. Peratusan pelajar yang mendapat markah kurang dari 50 markah mencecah 60%. Justeru itu saya mengambil keputusan untuk melaksanakan sebuah bengkel yang saya namakan Bengkel Melakar kejayaan.
Alhamduliullah, hampir keseluruhan pelajar tersebut hadir ke bengkel tersebut. Objektif bengkel ini supaya para pelajar dapat mevisualkan danmenyatakan impianb mereka dengan jelas dan membuat perancangan jangkapendek untuk merealisasiknnya.
Selepas saya berkongsikan beberapa individu yang bgerjaya, mereka diminta melakarkan impian meraka di atas kertas A4. Hampir sepuluh minit, pelajar Berjaya melakarkannya dan malu-malu untuk ditunjukkan kepada rakan sebelahnya.
“Siapa volunteer kehadapan untuk menceritakan impiannya kepada rakan-rakan?”
Semua tunduk dan menyembunyikan wajahnya dari dipandang oleh saya. Dalam tangan saya ada beberapa nama pelajar bermasalah untuk saya panggil ke hadapan. Namun saya biarkan dahulu. Saya perlu mengaplikasikan teknik memuji gaya nabi Muhammad untuk menyuntik semangat mereka.
“Baik saya pilih awak terlebih dahulu” sambil saya menunjukkan tangan kepada seorang pelajar siswi memakai baju merah di hadapan saya. Saya pilih sebab bajunyalah yang paling menangkap mata saya.
Selepas pelajar itu menceritakan impiannya, saya dengan ikhlas memuji pelajar tersebut.
“Saya bangga dengan anda. Impian anda sangat hebat. Jika ibu anda ada disini, pasti dia sangat gembira. Mari kita doakan semoga Allah menyampaikan impian kamu ini”.
Pelajar tersebut tersenyum dan ada terpancar kegembiraan pada wajahnya.
Selepas orang ketiga yang berkongsi impian mereka dan saya memujinya dengan ikhlas, para pelajar mula berani tampil kehadapan dan bila saya menyatakan perkongsian ini ditamatkan, para pelajar mula berebut-rebut mengangkat tangan untuk menyampaikan impian mereka.
Alhamdulillah mereka bersemangat mengikuti bersama saya seningga menyiapkan perancangan akademik miskipun sukar.
Alhamdulillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s