Pesanan Untuk Puteri-puteri Bangsaku

Posted: April 12, 2010 in sosial

Sungguh menyayat hati apabila membaca kisah mayat bayi lelaki yang digonggong oleh seekor anjing. Apakah punca  fenomena ini berlaku ? Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi dibincangkan dan didedahkan di dada-dada  media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah. Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan.

Ada yang mengatakan gejala pembuangan  bayi adalah kesan akibat pembangunan pasca kemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja.  Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggung-jawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.

Namun begitu yang pasti ia ia adalah dari  kes-kes salah laku seksual remaja  yang meyebabkan berlakunya kehamilan tanpa sah. Walaupun tiada laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yang hamil tanpa sah di Malaysia, namun peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan berhenti sekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa permasalahn ini adalah ditahap yang amat membimbangkan. Seorang rakan saya yang bekerja sebagai doktor di Seremban menceritakan pernah mengendalikan kes 3 remaja yang hamil yang hampir melahirkan anak ketika mereka hanya berumur 13 tahun.

Merujuk kepada Berita Harian yang bertarikh 21 Mac 2010, laporan dari Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009. Kenyataan beliau seterusnya, bilangan itu telah meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tidak temasuk kes-kes yang tidak dilaporkan.

Data-data yang dibentangkan diatas seharusnya membuka mata masyarakat seluas-luasnya bahawa gejala salah laku seksual atau zina dan seterusnya  menyumbang kepada isu pembungan bayi  telah merebak di kalangan remaja Melayu islam.  Golongan terbesar yahg terlibat dalam gejala seks luar nikah ini pula adalah di kalangan kumpulan remaja termasuk yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Fenomena ini amat  menggerunkan kita semua kerana mereka adalah bakal pewaris negara. Justeru itu saya titipkan noktah-noktah pesanan yang menyentuh hati dari syeikh Ali Tantawi bagi pedoman para pelajar sekalian khususnya pelajar puteri sekalian.

Pesanan Untuk puteri-puteri bangsaku

Wahai puteri-puteri bangsaku, peliharalah dirimu, jika kalian mengatakan bahawa lelakilah yang memulakan segala-galanya… barangkali BENAR..tetapi tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan suara dan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju kepadamu. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk. Engkau berkata kepada pencuri  ‘ Silakan masuk”…dan setelah engkau dicuri segala-galanya barulah engkau tersedar dan Ketika itu barulah engkau berteriak  meminta  pertolongan    “Tolong!…Tolong!….pencuri telah mengambil segala-galanya dari aku!”. Pada ketika itu engkau akan merasa kepahitannya untuk selama-lamanya.

 Jika engkau menyedari  perumpamaan engkau adalah kambing  dan lelaki itu adalah serigala, pastinya engkau akan lari seperti larinya kambing dalam  ancaman cengkaman serigala. Justeru itu jika engkau meyedari bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang  hartawan terhadap si pencuri.

Jika serigala menghendaki kambing itu akan dagingnya, tetapi apa yang diinginkan oleh lelaki itu adalah lebih daripada itu. Apa yang lelaki menghendaki  darimu adalah yang paling berharga darimu…..iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya adalah lebih menyedihkan lebih daripada nasib seekor kambing yang dibaham oleh seekor serigala.

Wahai puteri-puteri bangsaku

Jangan engkau lupa bahawa Allah menciptakan makhluknya itu berpasang-pasangan termasuk kejadian manusia yang ada lelaki dan ada perempuan. Masing-masing mempunyai kecenderungan  dan daya tarikan. Tiada suatu mahkluk pun yang dapat membuang  perasaan dan kecenderungan itu.Justeru itu, engkau harus menjauhkan diri dari segala jalan-jalan yang boleh menolak  kecenderungan itu sehingga pada suatu masa yang engkau telah bersedia dengannya (perkahwinan). Hindarilah pergaulan bebas dengan lelaki yang mengajakmu dengan alasan segala alasan seperti urusan perkuliahan, urusan berpesatuan melainkan dengan adab-adab yang dianjurkan oleh Islam. Tutuplah auratmu dengan melabuhkan tudung-tudungmu sehingga ke paras bawah dada-dadamu dan hindarilah pakaian-pakai yang menyerlahkan kecantikanmu sehingga menarik perhatian lelaki-lelaki disekelilingmu.

Wahai puteri-puteri bangsaku

Hanya ditanganmu sahajalah kunci pintu kebaikan. Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat ini akan menjadi baik. Mudah-mudahan engkau mahu mendengar.

 Rujukan:

Zainur Rashid Bin Zainuddin.2010. SALAH LAKU SEKSUAL REMAJA MELAYU – DI MANAKAH  JALAN PENYELESAIANNYA? Isman9.wordpress.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s