KEPENTINGAN PEMBANGUNAN IQ DAN EQ SECARA SEIMBANGKAN

Posted: April 7, 2010 in Uncategorized

Manusia seolah-olah mempunyai  dua bahagian otak, iaitu otak intelek dan otak emosi. Pembangunan otak intelek amat bergantung kpd pembangunan otak emosi. Ikut kajian 85% pembangunan  otak amat bergantung kpd  pembangunan emosi. Hanya 15 % pembanguan otak bergantung kpd pembangunan intelek.  Dalam masa yang sama proses  pertumbuhan dan pembangunan otak pula amat pesat berlaku pada umur sehingga 6 tahun. Maka otak seseorang manusia  lebih sarat menyimpan pengalaman-pegalaman yang berkaitan perasaan dan emosinya ketika usia kecilnya. Maka  sikap dan tingkah laku  seseorang  amat dipengaruhi  ketika pengalaman hidupnya sejak dari kecilnya.

Justeru itu   pembangunan emosi  EQ, amat penting  berbanding  pembangunan intelek  IQ. Kanak-kanak yang diajar membaca mesti  dibentuk emosi yang  positif supaya ia berkebolehan membaca dan yang penting adalah minat yang mendalam terhadap ilmu melalui sikap suka membaca.

Input yang masuk ke otak manusia adalah mata, hidung, telinga, tangan, lidah dan ditambah satu lagi perasaanya. Bagi setiap keadaan  pengalaman kanak-kanak akan menyimpaan  Perasaan emosi bersama input yang lain. Sebagai contoh jika kanak-kanak dimarahi ketika memanjat dinding, kanak-kanak akan menyimpan emosi rasa tidak selamat ketika memanjat yang boleh membunuh semangat ingin mencuba dan berusaha.  Kanak-kanak amat sensitif  atau peka  dengan bahasa emosi manusia yang beriteraksi dengannya.

Justeru itu, kajian-kajian mutakhir ini  menunjukkan kejayaan seseorang tidak hanya  bergantung kpd kecerdikan inteleknya (IQ ) sahaja tetapi amat bergantung kpd kecerdikan  rohani SQ  dan kecerdikan Emosi  EQ. Justeru itu Para pendidik dan ibu bapa perlu melihat untuk mencapai kecemerlangan diri anak-anak, mereka perlu menyimbangkan pembangunan IQ, EQ  dan SQ mereka. Para pendidik tidak boleh menekankan  aktiviti pembelajaran kognitif  sahaja sehingga  meninggalkan aktiviti pembinaan akhlaq dan kerohanian yang memberikan kesan positif kepada keseimbangan insan secara menyeluruh.

 kasih sayang tanpa syarat.

Tanpa kasih sayang kanak-kanak akan merasa ‘ Stress’  yang akan menghasilkan natijah tersendiri sperti  Terlampau aktif,  Tidak boleh beri tumpuan, Terlalu  liar,  kelakuannya diluar jangkaan, bertindak secar negative dan tidak boleh beri tumpuan.

Apa erti kasih sayang

  • Curahkan kasih-sayang sepenuhnya. Tunjukan dengan verbal dan nonverbal.
  • Peruntukkan masa  unt anak-anak sepenuhnya.
  • Beri peluang unt dia belajar sesuatu bagi mengayakan pengalamannya
  • Beri dia tanggungjawab ( sambil kerja sambil bermain). Biarkan dia mencuba, meneroka, mengajuk dan berusaha sendiri
  • Berikan dia membentuk  dirinya sendiri. Jangan bezakan dia dari abang, adik dan rakan-rakannya.
  • Fahamkan dia bila melakukan kesilapan.
  • Berikan dia motivasi. Jangan Ugut untuk tinggalkan, atau serahkan pada orang lain
  • Berikan apa yang diperlukan. Jangan harapkan pembelasan

Bahasa   dan abjad emosi

Ingat!  Emosi adalah salah satu saluran input ke otak.Kanak-kanak pula sangat sensitif dengan bahasa dan abjad emosi  di persekitarannya. Tidak seperti abjad angka dan huruf, Abjad emosi hanya ada 6 samaada abjad emosi positif   atau abjad emosi negatif seperti di bawah.

abjad emosi positif   abjad emosi negatif
Rasa Tenteram Rasa tidak Tenteram
Rasa gembira Rasa sedih
Rasa Kagum Rasa tidak Kagum
Rasa Disayangi Rasa tidak Disayangi
Rasa Selamat Rasa tidak Selamat
Rasa Minat Rasa tidak Minat

Jika pengalaman kanak-kanak dibina bersama abjad positif diatas, kanak-kanak tersebut akan sentiasa berasa gembira, minat belajar, kreatif.  Jika kanak-kanak  merasa sebaliknya,  kanak-kanak akan terasa terancam, rasa sedih dan sentisa mencari jalan untuk mencari perhatian dan menuntut kasih-sayang. Bagaimanakah cara anak-anak mencari perhatian ? Jika anda ibu dan ayah pasti anda aka berhadapan dengan situasi  pergaduhan antara si abang dan adiknya kerana berebut sesuatu barang, si abang mengganggu adiknya,  meminta sesuatu yang tiada pada kita pada ketika itu dan lain-lain.

Bahasa emosi adalah bahasa yang senyap  yang semua orang boleh faham walaupun kanak-kanak. Ia tidak dituturkan tetapi difahami melalui tingkah laku  dan airmuka. Anak yang cedera otaknya…hanya mengunakan bahasa emosi untuk komunikasi. Contoh bahasa emosi satu dunia ?

BAGAIMANA STRESS BOLEH BERLAKU

Stress atau tertekan adalah keadaan dimana emosi  mudah mengeluarkan abjed emosi negative. Ini menyebabkan biokimia otak tidak seimbang.  Adrenalin, Noradrelin dan dopamine terlalu banyak dirembeskan. Maka untuk belajar, ingat dan tidak sakit, keadaan biokimia ini metilah seimbang. Anak yang tertekan akan membawa masalah emosi.

Tanda-tanda Fizikal

  • Jantung berdebar laju
  • Bingung
  • Pening
  • Masalah belajar
  • Tidak mahu bercakap

Anak Yang ada Masalah Emosi

Cabaran terbesar ibu bapa dan pendidik adalah untuk berinteraksi dengan anak yang ada masalah emosi. Bagi anak yang tertekan, mereka akan menunjukkan

  • Rasa Takut-Takut nak cuba, takut nak tanya
  • Rasa  Terancam-
  • Rasa Tersisih- Cari jalan untuk dapat perhatian
  • Rasa Tidak disanyangi

Sebagai Tindak-Balas, mereka akan menunjukkan respon berikut

  • Lawan Balik. Kalau kena marah dia akan  marah ibu semula
  • Merajuk dan Lari  sambil menagis
  • Mendiamkan diri dan buat tak tahu atau tahan dirinya dipukul.

Apakah  kesan jika rasa Tertekan berpanjangan

  • Terlalu Aktif
  • Tidak boleh member Tumpuan
  • Terlalu Liar
  • Tingkah laku diluar dugaan
  • Tidak boleh member tumpuan

Bagaimana Menghindari  masalah diatas

Ibu bapa, guru dan orang disekeliling kanak-kanak  sangat memberi  kesan yang  kpd pembangunan emosi mereka. Apakah yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa adalah mengawal Emosi, Jangan Marah dan memukul  anak-anak.

Oleh : Zakri Zain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s