Lalu Aku Mengerti

Posted: March 31, 2010 in Uncategorized

Puisi ini saya terjumpa ketika  majlis  konvokesyen pertama pelajar DPI PJJ  Singapura  yang berlangsung di Dewan Masjid  Abd Rahman di Singapura. Selepas selesai,  saya melabuhkan diri di dewan solat masjis tersebut untuk berehat seketika. Lalu saya mencapai sebuah majalah yang berwarna hijau tua yang tersusun di sebuah rak buku di tepi dinding masjid tersebut. Lantas saya  membelek-beleknya   dan akhirnya saya terhenti …di muka surat yang tertera  “And  I Learned……..’   Saya  terkesan apabila membacanya  dan ingin berkongsi dengan seluruh warga  yang bakal menjadi pendidik anak-anak kecil suatu hari nanti.  Sebagai pendidik  (ibubapa atau guru) apa yang dilakukan oleh para pendidik  merupakan qudwah/petunjuk   yang sangat memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak-anak/anak-anak murid. Apa yang  ingin para pendidik  sampaikan, perlulah konsisten dengan tingkah-laku yang ditunjukkan  kerana kanak-kanak mendengar dengan matanya.   Rasulullah merupakan qudwah hasanah dan baginda bersabda bahawa baginda diutuskan adalah untuk menjadi contoh kepada umatnya dalam semua aspek kehidupan.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan  yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan bAllah dan balasan baik hari akhirat, mserta dia pula menyebut dan  mengingati Allah banyak-banyak ( dala masa susah dan senang)      -Surah Al-ahzab ayat :21

Justeru itu ayuhlah wahai para pendidik sekalian, perbaikilah diri, hiasilah diri dengan pekerti dan akhlak mulia  agar menjadi contoh tauladan kepada anak-anak didikan nanti.

LALU AKU MENGERTI…

Ketika kau tidak menyedari……

Aku melihat kau mengubati  burung yang malang

Lalu aku mengerti pentingnya ihsan untuk semua makhluk

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat kau mendermakan wangmu

Lalu aku mengerti  penting  bermurah hati.

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat kau menghulurkan pertolongan

Lalu aku mengerti pentingnya berkhidmat  pada yang memerlu

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat kau memasakkan lauk kegemaranku

Lalu aku mengerti kadangkala betapa bermakna sesuatu perkara kecil itu

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat kau menghulurkan tangan  untuk membantu

Lalu aku mengerti setiap insan boleh membuat perbezaan

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat kau meringankan beban kawanmu yang sakit

Lalu aku mengerti pentingnya menenangkan hati mereka yang dalam kesukaran

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat kau menjalankan tugasmu walau betapa berasa penat

Lalu aku mengerti  betapa pentingnya sifat tanggungjawab.

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat kau bersujud dan berdoa

Lalu aku mengerti  aku sentiasa boleh bergantung kepada Allah

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat betapa perihatin engkau kepada yang lain

Lalu aku ingin mengikuti jejak mu

Ketika kau tidak menyedari…..

Aku melihat dirimu dan ingin mengucapkan

“Terima Kasih – atas segala yang aku pelajari apabila kau tidak mnyedari aku sedang melihat.

Majalah NADI ( Keluaran MUIS, Spura) Sept 2009

Comments
  1. athirah says:

    Sangat terharu membaca puisi ini . ! menusuk, benar2kah aku mengerti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s