Peluang Graduan Pendidikan Pra Sekolah

Posted: August 24, 2009 in Uncategorized

Kerajaan Cadang Beri Insentif Kepada Pengusaha Tubuh Prasekolah Swasta

KOTA KINABALU, 16 Ogos (Bernama) — Kementerian Pelajaran bercadang memberikan insentif kepada pengusaha swasta yang mewujudkan kelas prasekolah di negara ini khususnya di kawasan luar bandar. Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu selaras dengan wawasan kerajaan untuk memperbanyakkan lagi prasekolah yang menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan menjelang tahun 2012. “Insentif ini mungkin dalam pelbagai bentuk termasuk pengecualian cukai dan latihan guru-guru pra-sekolah swasta. “Kementerian mungkin akan menanggung sebahagian daripada kos latihan dan membantu mempermudahkan pengusaha mendapat pinjaman untuk menubuhkan sekolah prasekolah swasta,” katanya kepada pemberita di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pada masa ini, hanya 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar yang layak, memasuki kelas prasekolah manakala pelajar selebihnya terus masuk sekolah biasa (Tahun Satu).

“Misi kita dalam tiga tahun akan datang ialah meningkatkan peratusan itu kepada 80 peratus, dan kita membuat andaian kalau sekolah prasekolah ini akan diserapkan sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara, mungkin ada ibu bapa yang tunggu (sehingga ia menjadi kenyataan). “Saya bimbang pihak kementerian tak boleh tampung pelajar 40 peratus itu…ini akan menjadi masalah bagi kita,” katanya. Sebab itu, Muhyiddin berkata kementeriannya menggalakkan pihak swasta untuk membantu mewujudkan lebih banyak prasekolah bagi menampung keperluan semasa dengan bayaran yuran yang rendah dan berpatutan. “Pada masa yang sama, Kementerian Pelajaran juga akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi kelas prasekolah di negara ini,” katanya. Menurut Muhyddin, terdapat empat pihak yang kini mengendalikan kelas prasekolah termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan Perpaduan Rakyat dan pengusaha swasta. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s