Warna kegemaran atau warna pakaian yang kita pakai pada hari ini melambangkan perasaan kita pada hari ini kerana ianya kita pilih berdasarkan apa kata hati kita. Samaada kita pilih warna baju itu secara dirancang atau tidak, ia tetap pilihan kita yang berlandaskan apa2 yang ada dalam diri kita.
Begitu juga aspek penulisan, gaya dan laras bahasa serta perkara yang kita TULIS melambangkan perasaan kita pada masa itu. Cuba rujuk semula kandungan dalam diari atau entry blog harian anda. Pasti perkataan yang digunakan berbeza semasa kita menulis dalam keadaan sedih, marah ataupun tenang.
Begitu juga dengan Lukisan. Lukisan juga luahan jiwa seseorang baik kepada mereka yang “boleh” melukis dan sebaliknya. Sebuah lukisan mampu memberikan seribu makna kepada pelukisnya.
Kita sudah maklum bahawa kita boleh membayangkan dan mengerti apa yang cuba disampaikan oleh pelukis sesuatu lukisan. Begitu juga dengan hasil lukisan seorang kanak – kanak. Hasil lukisan kanak – kanak biasanya banyak difaktorkan oleh apa yang berlaku pada dirinya dan apa yang diinginkannya. Menginterpretasi lukisan seorang kanak-kanak saya rasakan bukannlah sesuatu yang rumit kita lakukan selaku orang dewasa memandangkan kanak – kanak tidak tahu untuk “menipu” .

Recent Comments