Manusia seolah-olah mempunyai dua bahagian otak, iaitu otak intelek dan otak emosi. Pembangunan otak intelek amat bergantung kpd pembangunan otak emosi. Ikut kajian 85% pembangunan otak amat bergantung kpd pembangunan emosi. Hanya 15 % pembanguan otak bergantung kpd pembangunan intelek. Dalam masa yang sama proses pertumbuhan dan pembangunan otak pula amat pesat berlaku pada umur sehingga 6 tahun. Maka otak seseorang manusia lebih sarat menyimpan pengalaman-pegalaman yang berkaitan perasaan dan emosinya ketika usia kecilnya. Maka sikap dan tingkah laku seseorang amat dipengaruhi ketika pengalaman hidupnya sejak dari kecilnya.
Justeru itu pembangunan emosi EQ, amat penting berbanding pembangunan intelek IQ. Kanak-kanak yang diajar membaca mesti dibentuk emosi yang positif supaya ia berkebolehan membaca dan yang penting adalah minat yang mendalam terhadap ilmu melalui sikap suka membaca.
Input yang masuk ke otak manusia adalah mata, hidung, telinga, tangan, lidah dan ditambah satu lagi perasaanya. Bagi setiap keadaan pengalaman kanak-kanak akan menyimpaan Perasaan emosi bersama input yang lain. Sebagai contoh jika kanak-kanak dimarahi ketika memanjat dinding, kanak-kanak akan menyimpan emosi rasa tidak selamat ketika memanjat yang boleh membunuh semangat ingin mencuba dan berusaha. Kanak-kanak amat sensitif atau peka dengan bahasa emosi manusia yang beriteraksi dengannya.
Justeru itu, kajian-kajian mutakhir ini menunjukkan kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kpd kecerdikan inteleknya (IQ ) sahaja tetapi amat bergantung kpd kecerdikan rohani SQ dan kecerdikan Emosi EQ. Justeru itu Para pendidik dan ibu bapa perlu melihat untuk mencapai kecemerlangan diri anak-anak, mereka perlu menyimbangkan pembangunan IQ, EQ dan SQ mereka. Para pendidik tidak boleh menekankan aktiviti pembelajaran kognitif sahaja sehingga meninggalkan aktiviti pembinaan akhlaq dan kerohanian yang memberikan kesan positif kepada keseimbangan insan secara menyeluruh.
kasih sayang tanpa syarat.
Tanpa kasih sayang kanak-kanak akan merasa ‘ Stress’ yang akan menghasilkan natijah tersendiri sperti Terlampau aktif, Tidak boleh beri tumpuan, Terlalu liar, kelakuannya diluar jangkaan, bertindak secar negative dan tidak boleh beri tumpuan.
Apa erti kasih sayang
- Curahkan kasih-sayang sepenuhnya. Tunjukan dengan verbal dan nonverbal.
- Peruntukkan masa unt anak-anak sepenuhnya.
- Beri peluang unt dia belajar sesuatu bagi mengayakan pengalamannya
- Beri dia tanggungjawab ( sambil kerja sambil bermain). Biarkan dia mencuba, meneroka, mengajuk dan berusaha sendiri
- Berikan dia membentuk dirinya sendiri. Jangan bezakan dia dari abang, adik dan rakan-rakannya.
- Fahamkan dia bila melakukan kesilapan.
- Berikan dia motivasi. Jangan Ugut untuk tinggalkan, atau serahkan pada orang lain
- Berikan apa yang diperlukan. Jangan harapkan pembelasan
Bahasa dan abjad emosi
Ingat! Emosi adalah salah satu saluran input ke otak.Kanak-kanak pula sangat sensitif dengan bahasa dan abjad emosi di persekitarannya. Tidak seperti abjad angka dan huruf, Abjad emosi hanya ada 6 samaada abjad emosi positif atau abjad emosi negatif seperti di bawah.
| abjad emosi positif | abjad emosi negatif |
| Rasa Tenteram | Rasa tidak Tenteram |
| Rasa gembira | Rasa sedih |
| Rasa Kagum | Rasa tidak Kagum |
| Rasa Disayangi | Rasa tidak Disayangi |
| Rasa Selamat | Rasa tidak Selamat |
| Rasa Minat | Rasa tidak Minat |
Jika pengalaman kanak-kanak dibina bersama abjad positif diatas, kanak-kanak tersebut akan sentiasa berasa gembira, minat belajar, kreatif. Jika kanak-kanak merasa sebaliknya, kanak-kanak akan terasa terancam, rasa sedih dan sentisa mencari jalan untuk mencari perhatian dan menuntut kasih-sayang. Bagaimanakah cara anak-anak mencari perhatian ? Jika anda ibu dan ayah pasti anda aka berhadapan dengan situasi pergaduhan antara si abang dan adiknya kerana berebut sesuatu barang, si abang mengganggu adiknya, meminta sesuatu yang tiada pada kita pada ketika itu dan lain-lain.
Bahasa emosi adalah bahasa yang senyap yang semua orang boleh faham walaupun kanak-kanak. Ia tidak dituturkan tetapi difahami melalui tingkah laku dan airmuka. Anak yang cedera otaknya…hanya mengunakan bahasa emosi untuk komunikasi. Contoh bahasa emosi satu dunia ?
BAGAIMANA STRESS BOLEH BERLAKU
Stress atau tertekan adalah keadaan dimana emosi mudah mengeluarkan abjed emosi negative. Ini menyebabkan biokimia otak tidak seimbang. Adrenalin, Noradrelin dan dopamine terlalu banyak dirembeskan. Maka untuk belajar, ingat dan tidak sakit, keadaan biokimia ini metilah seimbang. Anak yang tertekan akan membawa masalah emosi.
Tanda-tanda Fizikal
- Jantung berdebar laju
- Bingung
- Pening
- Masalah belajar
- Tidak mahu bercakap
Anak Yang ada Masalah Emosi
Cabaran terbesar ibu bapa dan pendidik adalah untuk berinteraksi dengan anak yang ada masalah emosi. Bagi anak yang tertekan, mereka akan menunjukkan
- Rasa Takut-Takut nak cuba, takut nak tanya
- Rasa Terancam-
- Rasa Tersisih- Cari jalan untuk dapat perhatian
- Rasa Tidak disanyangi
Sebagai Tindak-Balas, mereka akan menunjukkan respon berikut
- Lawan Balik. Kalau kena marah dia akan marah ibu semula
- Merajuk dan Lari sambil menagis
- Mendiamkan diri dan buat tak tahu atau tahan dirinya dipukul.
Apakah kesan jika rasa Tertekan berpanjangan
- Terlalu Aktif
- Tidak boleh member Tumpuan
- Terlalu Liar
- Tingkah laku diluar dugaan
- Tidak boleh member tumpuan
Bagaimana Menghindari masalah diatas
Ibu bapa, guru dan orang disekeliling kanak-kanak sangat memberi kesan yang kpd pembangunan emosi mereka. Apakah yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa adalah mengawal Emosi, Jangan Marah dan memukul anak-anak.
Oleh : Zakri Zain
Recent Comments