DISEBALIK ISU GEJALA SOSIAL

Posted: March 16, 2010 in sosial

       Saban hari kita membaca laporan-laporan kes jenayah yang kebanyakannya dilakukan  oleh golongan remaja dan belia seperti pembuangan bayi, merempet, merogol, meragut dan banyak lagi.  Kes-kes jenayah bekaitan remaja ini   bukan sekadar melanda di kota-kota atau bandar-bandar sahaja malah telah merebak sehingga di desa-desa, tanah-tanah rancangan  bahkan kawasan pendalaman.  Institusi pendidikan  tidak kira, sekolah, kolej, univesiti, pusat latihan yang merupakan tempat bernaungnya para ilmuan dan remaja  yang menuntut ilmu juga tidak  kebal  dari diltembusi gejala sosial ini.

kisah-kisah jenayah remaja  bukan sekadar di dada-dada media cetak mahupun elektronik  sahaja, bahkan kes-kes jenayah itu telah berlaku di depan mata kita, di sekeliling yang tidak jauh dari kita dan barangkali telah berlaku di dalam rumah kita sendiri.  Kepantasan penularan gejala sosial ini  sama pantas seperti  pantasnya dengan perkembangan teknologi maklumat.

Remaja  adalah suatu peringkat perkembangan kehidupan yang kritikal. Pada pringkat ini, individu akan mengalami perubahan yang ketara dari segi psikolgi, fizikal, intelektual, moral  dan emosi. Seorang sarjana Islam, Muhammad Al-Hilali (2001) menyatakan fasa remaja  mempunyai keinginan yang kuat, semangat yang tinggi, cita-cita yang besar, kesanggupan mencurahkan khidmat bakti dan pengorbanan, mudah mempelajari sesuatu yang baru, mudah dipengaruhi walaupun sering dan mudah menurut perasaan.

Justeru itu  fasa  remaja  merupakan masa yang kritikal untuk menentukan samada ia bakal menjadi khazanah negara atau menjadi racun bangsa. Remaja memerlukan seseorang sebagai qudwah (model) contoh ikutan untuk membantu membentuk karektor dirinya. Remaja memerlukan persekitaran yang baik (biah solehah)  bagi   merangsang   perkembangan sahsiah yang baik.

Cabaran yang kita hadapi adalah di setiap pelosok negara islam dan tanahair kita telah diserang dengan aliran pemikiran barat yang merosakkan. Serangan pemikiran (Guzwatul fikri) merupakan agenda barat  dalam usaha melumpuhkan kekuatan sendi islam dalam bentuk penjajahan moden. Barat  telah belajar dalam sejarah panjang bahawa umat islam tidak akan dikalahkan melalui peperangan fizikal  kerana islam memiliki roh jihad dikalangan umatnya. Namun melalui serangan pemikiran ini, barat berjaya mengalahkan umat Islam, sehingga umat Islam merubah cara berfikir, berubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil itu. Muslim tetapi dalam masa yang sama membuka pintu kemaksiatan seluas-luasnya untuk umatnya. Justeru itu kita melihat  remaja dan belia melayu islam tidak lagi mempunyai  identiti islam, sudah lenyap akhlaknya, telah layu adap-sopannya, telah luntur budayanya. Kini dihadapan kita, remaja dan belia melayu islam yang berpakaian ketat, menampakkan pusat mereka, bergaul bebas tanpa segan silu, membuang masa dengan kegiatan tiada manfaat dan mengutamakan keseronokan semata-mata. Keadaan ini bertambah parah apabila  ‘segelintir’ yang  membuka pintu dan menganjurkan pelbagai pesta  untuk remaja dan belia ini mengecapi keseronokan dunia.

Antara pemikiran yang dieksport ke negara-negara islam termasuk Malaysia adalah pemikiran Humanisme. Pemikiran Humanisme meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan. Sebagai contohnya Pemikiran ini mengganggap seks adalah keperluan manusia yang boleh dipenuhi dengan apa cara pun. Perkahwinan antara jantina yang sama dihalalkan kerana ia diterima masyarakat dan juga memenuhi keperluan seks luar tabii mereka. Kedai-kedai ‘Adult shop’ dicelah-celah kota diterima oleh masyarakat barat untuk membekalkan keperluan . Pergaulan bebas  antara lelaki dan perempuan adalah norma dalam masyarakat mereka. Rumah-rumah Pelacuran diliktiraf sebagai satu perkhidmatan untuk memenuhi keperluan seks mereka.

Nah inilah bentuk pemikiran yang telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran umat islam dan anak-anak remaja melayu kita.  Bermula dengan kejahilan terhadap agama dan ketandusan iman, pemikiran mereka begitu mudah diterobos  oleh  pemikiran barat itu. Justeru itu titik  noktah  kepada gejala sosial adalah mencapai keseronokan tanpa batasan dalam kehidupan remaja.

Apakah cara bagi kita yang sedar ini, untuk menentang pemikiran ini. Tidak ada cara lain melainkan dengan membetulkan semula pemikiran dan membangunkan semula jiwa mereka melalui  tarbiyah dan pendidikan secara menyeluruh. Inilah metodologi yang telah dilakukan oleh rasulullah ketika permulaan dakwah islam di Mekah. Rasulullah telah membina genarasi awal yang akhirnya menjadi tulang belakang dakwah dan Jil Taa’sis (generasi pengasas). Firman Allah

إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُ مَا بِأَنْفُسِهِمْ [ الرعد : 11

“Sesunguhnya Allah tidak merubah suatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri.”

 Imam Hasan Al-Bana berkata :

“Wahai ikhwan  Kamu berada di fasa pembentukan maka janganlah kamu dilalaikan oleh fatamorgana dari membuat persiapan yang sempurna. Gembelingkan 90% waktu kamu untuk urusan pembentukan ini dan gunakan 10% bagi untuk urusan kamu sehingga kamu menjadi kuat dan sempurna persiapan kamu. Ketika itulah Allah akan memenangkan kamu dengan kebenaran.”

“Sesungguhnya peperangan kita adalah peperangan tarbawiah”

“Kerja-kerja kita untuk mengislah diri kita merupakan tanggungjawab kita yang pertama, maka mujahadahlah terhadap diri kamu”

Justeru itu Iman Hassan Al Banna telah mengariskan  10 sifat peribadi muslim yang mampu menangkis serangan pemikiran barat dan sekali gus membangunkan tamadun islam iaitu;

  • Aqidah yang sejahtera
  • Ibadah yang solehah
  • Ahklaq yang mantap
  • Berpengatahuan luas
  • Memiliki tubuh badan yang sihat
  • Bermujahadah melawan nafsu
  • Berdikari
  • Tersusun dalam urusan
  • Menepati masa
  • Bermanfaat

 Secara sedar atau tidak, kita masih belum merdeka dalam erti kata yang sebenar selagi jiwanya lemah dan pemikiran berkiblatkan barat. Usaha membangunkan sebuah bangsa dan tamadun berasaskan jiwa yang tidak diresapi perasaan lemah untuk berusaha, mengetahui perinsip yang boleh menyelamatkan seseorang dari terjerumus ke kancah kemaksiatan. Penyediaan individu yang memiliki sifat sifat peribadi muslim adalah cara terampuh dalam menghadapi serangan pemikiran dan ia umpama batu-bata merah yang saling menguat dalam pembinaan sebuah banggunan.

 

Rujukan

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 2004. Menangani Gejala social menggunakan pendekatan kaunseling. Kertas kerja yang dibentangkan di seminar kaunseling : isu perpaduan dan gejala soaial peringkat negeri Selangor pada 7-8 ogos 2004 UiTM shah Alam

Muhammad Hilali. 2004. Kewajipan Remaja Muslim (Menyempurnakan dua kewajipan) Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s